Kerajaan akan memastikan beban ditanggung penduduk terjejas banjir dikongsi bersama.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau akan memastikan semua pihak memikul tanggungjawab sebaik-baiknya bagi memastikan urusan agihan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di seluruh negara berjalan lancar.

Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook memaklumkan perkara itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet pertama tahun ini yang dipengerusikannya pagi tadi.

Beliau turut mengingatkan jemaah menteri bahawa semua orang mempunyai peranan masing-masing dalam menghadapi krisis kesihatan, ekonomi dan bencana yang melanda negara.

Justeru, dengan dedikasi semua pihak, cabaran itu dapat dilalui dengan tenang sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini