Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Sik, Kedah dilanda banjir.

Bagaimanapun setakat pukul 11 malam tadi, tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, PPS.

Ketua Polis Daerah Sik, Supritendan Abdull Razak Osman berkata antara kawasan yang dilanda banjir termasuk Kampung Banggol Kiat; Kampung Seberang Pekan Sik dan Kampung Chepir. Selain itu, Pekan Sik yang terletak berdekatan kawasan sungai turut dinaiki air.

Air yang naik dengan cepat menyebabkan kebanyakan penduduk tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda. Malah beberapa premis perniagaan turut dimasuki air. Selain itu, terdapat beberapa buah kenderaan yang terperangkap di dalam banjir.

Penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan sungai atau kawasan rendah diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi agensi dan jabatan berkaitan untuk mendapatkan bantuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini