Hujan lebat beberapa jam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Kubang Pasu, Kedah dilanda banjir kilat.
 
Antaranya Kampung Bendang Dalam, Mukim Binjal; Kampung Tengah, Mukim Hosba; Kampung Padang Pasir, Mukim Sungai Laka dan beberapa kawasan di Mukim Temin.

49 penduduk melibatkan 11 keluarga terpaksa dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara, PPS, tengah malam tadi.
 
Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, 10 penduduk ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Binjai dan 11 individu lagi berlindung di PPS Dewan Kampung Nongka.
 
Di PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang; 28 penduduk bermalam di situ.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini