Beberapa kawasan di sekitar Ampang, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat, semalam.

Jurucakap bomba berkata ia membabitkan Jalan Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan.

Kawasan tersebut dinaiki air setinggi 1.5 meter akibat limpahan air dari longkang berhampiran kawasan berkenaan.

Pihaknya telah membantu mengeluarkan penduduk terlibat yang terperangkap akibat banjir tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini