Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa lokasi di Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei dan Mukah, Sarawak, pada sebelah pagi 1 dan 2 Februari ini.

Manakala di Sabah melibatkan Kudat, Sandakan dan Tawau sementara Kelantan, Terengganu dan Pahang pula melibatkan kawasan pantai.

MetMalaysia turut memaklumkan pada sebelah petang, hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Sarawak pula meliputi Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan) serta Labuan.

Sementara pada sebelah malam pula, hujan dan ribut petir turut diramal berlaku di beberapa tempat di Perak, Selangor, Sarawak melibatkan Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang, Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat, Sabah serta Labuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini