Lebih 50 penduduk kampung dan komuniti Nelayan Pantai Suri, Kuala Besar, Kelantan bergotong-royong menggali saliran atau dipanggil ‘Bedah Kuala’ menggunakan kaedah tradisional di Kuala pantai berkenaan.
 
Ia bagi mengelakkan berlakunya banjir besar dan limpahan air sungai di beberapa buah Kampung berhampiran. 

Menurut wakil penduduk, Ramli Ibrahim, yang setiap tahun berhadapan dengan musim banjir berkata, dia dan penduduk kampung sentiasa membanting tulang melakukan bedah kuala.
 
Ia bagi mengelakkan kampung  Pantai Suri, Kampung Lubok Kawah, Kampung Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat dan Kuala Besar ditenggelami banjir.
 
Katanya, sejak pukul 8 pagi, penduduk bersama komuniti nelayan bertungkus lumus melakukan penggalian saliran sepanjang 50 meter memudahkan limpahan air sungai mengalir ke laut. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini