Kubur Romi Hamdan, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan ke atas mayat lelaki itu. Mayat Romi dibawa keluar oleh pasukan Forensik Hospital Kuala Lumpur, CSI Bukit Aman, IPD Kontinjen Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Gua Musang kira-kira 3.30 petang. Mangsa 25 tahun itu meninggal dunia pada 29 Mei lepas, dilapor akibat jangkitan radang paru-paru atau pneumonia dan dikebumikan mengikut cara Islam pada 30 Mei dalam hutan Kuala Koh. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitenden Mohd Taufik Maidin memaklumkan kesemua lapan mayat Orang Asli yang ditemukan, disemadi secara adat di atas para.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini