Beijing melaporkan tujuh kes tempatan baharu COVID-19 pada Rabu dengan kesemuanya disahkan dalam kalangan mereka yang dikuarantin,.

Menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran, ia membabitkan enam kes ringan dan satu sederhana di mana mereka yang dijangkiti telah dipindahkan ke hospital yang ditetapkan untuk kuarantin dan rawatan.

Selain itu, lokasi risiko dan kakitangan yang berkaitan telah diletakkan di bawah kawalan perubatan.

Beijing melaporkan jangkitan COVID-19 berkelompok berkaitan dengan sebuah bar pasar raya pada 9 Jun.

Sejak itu, bandar itu melaporkan sejumlah 327 kes berkaitan.

Beijing melancarkan ujian asid nukleik seluruh daerah selama tiga hari bermula Isnin untuk individu yang tinggal di Chaoyang di mana terletaknya Bar berkenaan.

Seramai lebih empat juta orang telah diambil sampel pada hari Selasa dan mereka semua telah menunjukkan keputusan ujian negatif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini