Beijing terpaksa menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadual minggu ini. Ini susulan penularan COVID-19 yang mendorong pihak berkuasa membatalkan sebahagian keputusan untuk menyambung semula pembelajaran secara bersemuka.

Menurut jurucakap bandar Xu Hejian dalam satu sidang media, kebanyakan pelajar sekolah rendah dan menengah akan terus belajar secara dalam talian di rumah mulai Isnin 13 Jun.

China merupakan ekonomi utama terakhir yang masih komited kepada dasar sifar COVID-19 dengan mengekang penularan kes baharu dengan gabungan sekatan pergerakan, ujian saringan besar-besaran dan kuaratin dengan tempoh yang panjang.

Awal Jun lalu, pihak berkuasa Beijng sudah melonggarkan banyak sekatan. Namun dengan puluhan jangkitan baharu, menyebabkan pihak berkuasa mengkuatkuasakan beberapa sekatan sekali lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini