463 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat yang terjejas dengan gangguan bekalan air sejak dua hari lalu telah pulih sepenuhnya bermula 6 pagi tadi.Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri menerusi kenyataan medianya menyarankan pengguna mendapatkan maklumat rasmi mengenai gangguan bekalan air menerusi laman rasmi Air Selangor. Sebelum ini, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih dua hari lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini