Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus menghantar bekalan air ke lokasi terjejas sekitar Klang. Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani, beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) menghantar bekalan air tersebut sejak Rabu. Sabtu lalu, tiga paip utama di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat WCE pecah hingga menyebabkan beberapa kawasan di Klang mengalami gangguan bekalan air.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini