Bekalan ayam tempatan di pasaran akan stabil menjelang Februari 2022.

Keyakinan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, mengambil kira komitmen pemain industri untuk meningkatkan kapasiti penternakan dan pengeluaran ayam, selaras permintaan semasa.  

Beliau menjawab pertanyaan wakil Alor Gajah – Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof. 

Purata keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 3,762 tan metrik sehari atau 113, 220 tan metrik sebulan.
 
Ini bersamaan dengan 2 juta ekor sehari atau 62.9 juta ekor sebulan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini