Bekalan ikan di seluruh negara ketika ini berkurangan sehingga 70 peratus iaitu kira-kira 300,000 tan sebulan berbanding kira-kira 1 juta tan sebulan sebelum ini.

Kekurangan bekalan melibatkan spesies Kembong dan dijangka berterusan untuk tempoh dua bulan akan datang.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan, NEKMAT, Abdul Hamid Bahari berkata, masalah berpunca keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan nelayan tidak turun ke laut.

Namun, menjelaskan bekalan masih mencukupi bagi menampung keperluan semasa.

Menurut Abdul Hamid, keadaan itu menyebabkan harga ikan kembong di pasaran meningkat antara RM12 hingga RM14 sekilogram berbanding RM3 hingga RM4
sekilogram sebelum ini.

Pengarah LKIM Kedah, Dr Abdul Salim Tajudin berkata, faktor kekurangan awak-awak warga asing  turut menyebabkan tangkapan ikan bot besar berkurangan.
 
Beliau yakin bekalan ikan dijangka bertambah tidak lama lagi selepas kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini