Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun terganggu ketika ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Mohd Sufian Sulaiman, kekurangan bekalan dan harga ikan yang tinggi adalah isu global namun pihaknya sentiasa memastikan bekalan itu mencukupi.
Tambah beliau, secara purata warga Malaysia menikmati lebih kurang 40 kilogram ikan setahun dan telah dikira nisbahnya dengan bilangan 30 juta penduduk negara.