Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengakui bekalan ikan bagi keperluan negara masih belum stabil berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata kebiasaannya pada bulan Mei, cuaca kembali seperti sediakala tetapi sehingga kini cuaca masih tidak menentu menyebabkan pendaratan ikan berkurangan.

LKIM perlu mengambil langkah awal dengan mendapatkan sebanyak mungkin ikan untuk disejukbekukan ketika musim penangkapan dan pendaratan ikan yang banyak daripada nelayan.

Malah perlu membeli ikan daripada nelayan bagi penyimpanan sejuk beku, bukan membeli daripada swasta bagi memastikan stok mencukupi apabila tiba musim tengkujuh.

LKIM memiliki kilang dan tempat penyimpanan sendiri justeru tidak timbul isu bekalan kurang sekali gus mengatasi masalah kartel.

Beliau menyatakannya selepas majlis penyerahan Bantuan Kasih Suri Keluarga Malaysia di Bukit Gantang, Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini