Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan bekalan makanan termasuk daging mencukupi sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, keputusan kerajaan membenarkan import lembu hidup khususnya dari Thailand turut membantu memastikan bekalan mencukupi.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pemadanan Pekerjaan Subsektor Tanaman di Putrajaya.

Pada 7 Jun tahun lalu, Malaysia menggantung serta-merta pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand selepas menilai risiko penularan penyakit kulit kental (LSD) yang dilaporkan menular di lebih 41 wilayah di negara itu.

Bagaimanapun, larangan dimansuhkan berkuat kuasa 15 Mac lepas dengan beberapa syarat ketat dikenakan terhadap pihak berkuasa Thailand sebelum dibenarkan membawa masuk haiwan ternakan itu ke Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini