Bekalan telur ayam pelbagai gred mencukupi dan mudah diperoleh untuk pengguna di Negeri Sembilan.

Menurut Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar negeri, S. Veerapan, jaminan itu berdasarkan pemeriksaan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwan Pengguna terhadap 29 premis meliputi pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan pembekal telur di pasar awam.

Penguat kuasa KPDNHEP sentiasa memantau kedudukan bekalan telur ayam di 151 peruncit terpilih daerah dan 33 pemborong terpilih daerah di seluruh negeri itu.

Setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung gangguan bekalan telur ayam daripada pengguna.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini