Stok bekalan kit ujian kendiri Covid-19 masih mencukupi untuk menampung keperluan penduduk terjejas banjir di Terengganu, setakat ini.

Ini khususnya bagi penduduk yang ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM Terengganu) Leftenan Kolonel Mohd Rosman Abdullah menjangkakan bekalan yang diterima mencukupi sehingga tamat musim Monsun Timur Laut.

Jumlah peratusan tinggi dalam kalangan penduduk negeri itu yang menerima dua dos vaksin juga mampu mengawal situasi pandemik COVID-19.

Terengganu yang dilanda musim tengkujuh buat kali kedua ketika pandemik bersedia sepenuhnya dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan penduduk terjejas di PPS.

Pemantauan pematuhan SOP juga dilakukan pelbagai agensi di setiap PPS beroperasi.

Sehingga kini sebanyak 8 PPS dibuka melibatkan 182 penduduk daripada 62 keluarga meliputi daerah Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini