Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Ab Ghafaar Atan dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.04 tengah hari tadi di Hospital Melaka. 

Perkara itu disahkan oleh anak beliau, Norisham Abdul Ghafar.

Datuk Seri Abdul Ghafar yang juga bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka dilaporkan positif COVID-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Pengurusan jenazah akan dilakukan pihak hospital dan akan di kebumikan di Asahan. 

Tiada aktiviti ziarah dibenarkan bagi mengelakkan sebarang jangkitan. 

Tambah Norisham, ahli keluarganya kini baru selesai menjalani tempoh kuarantin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini