Keluarga sukan menembak tanah air mendapat khabar duka hari ini dengan pemergian seorang bekas atlet penembak negara, Muslifah Zulkifli yang meninggal dunia pagi tadi. 

Dalam satu perkonsian Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi akaun Instagram memuat naik gambar Allayarhamah dengan ucapan takziah.

Bekas atlet penembak negara itu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 selepas 43 hari dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital swasta di George Town, Pulau Pinang. 

Muslifah bekas penembak negara yang giat menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan dan pernah terlibat dalam Program Podium pada tahun 2015 hingga 2017. 

Allahyarhamah pernah memenangi pingat gangsa Sukan Asia 2014 bagi acara rifle 50 meter prone berpasukan wanita bersama Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini