Bekas banduan mengaku salah atas tiga tuduhan memecah masuk tiga rumah di Kuala Berang, Terengganu.

Tertuduh, Mohamad Fahmy Osman, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memecah masuk rumah di Kampung Bukit Tok Bat dan mencuri dua bentuk cincin emas serta wang tunai.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memecah masuk rumah di Kampung Butut dan mencuri tiga utas gelang emas, tiga loket emas, lima bentuk cincin serta wang tunai.
 
Pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa memecah masuk rumah dan mencuri pelbagai jenis barang kemas serta wang tunai.

Perbuatan didakwa dilakukan di Kampung Pauh.

Tertuduh turut mengaku salah bagi satu lagi pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia dibenar ikat jamin dengan seorang penjamin.

25 Julai; tarikh jatuh hukuman dijadual di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini