Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-11, Jeneral Bersara Tan Sri Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid, 83 tahun meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HTTM) di ibu negara akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Markas Angkatan Tentera Malaysia berkata Allahyarham dimasukkan ke HTTM pada 25 Mei lepas dan kesihatannya mulai merosot semalam dan meninggal dunia pagi tadi.

Jenazah disolatkan di Masjid Khalid Al Walid, di Kementerian Pertahanan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Sungai Besi lebih kurang 2.30 petang tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini