Bekas pembaca berita RTM, Kamaruddin Ahmad meninggal dunia pagi tadi di kediamannya di Bukit Beruntung, Selangor. Menurut anaknya, Zaireen Kamaruddin, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.00 pagi kerana sakit tua. Allahyarham Kamaruddin, 78 tahun merupakan pembaca berita terkenal di RTM sejak tahun 80 an.

Allahyarham juga merupakan pasangan penyampai berita televisyen pertama dalam sejarah penyiaran negara bersama allahyarham Wan Chik Daud. Jenazah dikebumikan selepas solat Zuhur di tanah perkuburan Islam Bukit Beruntung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini