Bekas pembaca berita RTM, Kamaruddin Ahmad, meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Bukit Beruntung, Selangor.

Menurut anaknya, Zaireen Kamaruddin, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 pagi kerana sakit tua.

Allahyarham Kamaruddin, 78 tahun, merupakan pembaca berita terkenal di RTM sejak tahun 80-an.

Allahyarham juga merupakan pasangan penyampai berita televisyen pertama dalam sejarah penyiaran negara bersama allahyarham Wan Chik Daud.

Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Islam Bukit Beruntung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini