Bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka mengaku tidak bersalah di atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM31,629 antara 2017 hingga 2019 di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Tertuduh, Mohamad Yusof Kameh, 55 tahun membuat pengakuan itu sejurus semua pertuduhan dibacakan.

Mohamad Yusof dikatakan menerima suapan daripada Budyarif Rahmat sebagai upah bagi kerja penyelenggaraan dan pembekalan di Pejabat AADK Negeri Sembilan dan Jasin antara 24 November 2017 hingga 19 Mac 2019.

Tertuduh dikatakan memilih tiga syarikat melaksanakan beberapa projek di dua pejabat terbabit.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan tarikh 16 Mac untuk sebutan kes. Tertuduh turut diarah menyerahkan pasport dan melaporkan diri sekali setiap bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini