Bekas penjaga gol negara, Abdul Hamid Ramli meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung.

Berita sedih itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Facebook rasmi persatuan.

Abdul Hamid pernah mewakili negara beraksi di Piala Asia di Iran pada 1976 dan Piala Asia di Kuwait pada 1980.

Allahyarham turut berjaya membantu negara memenangi Pestabola Merdeka 1976 dan 1979; dan pingat emas Sukan SEA Jakarta pada 1979.

Selain itu di peringkat liga, beliau pernah mewakili pasukan Kelantan dari 1974 sebelum berhijrah ke Sarawak pada 1985.

Selepas bersara, Allahyarham mencurahkan ilmu sebagai jurulatih penjaga gol bagi pasukan Kelantan, ATM, KM Naza, PDRM dan Negeri Sembilan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Fatimahwati Dahlan dan lapan orang anak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini