Bekas Perdana Menteri Pertama Kemboja, Putera Norodom Ranariddh meninggal dunia di Perancis pagi semalam.

Beliau meninggal dunia pada usia 77 tahun kerana sakit.

Dalam surat sembah takziah yang diutuskan kepada isteri Ranariddh, Perdana Menteri Hun Sen berkata, negara itu kehilangan seorang pembesar diraja yang cemerlang yang mencintai negara, agama dan raja.

Ranariddh yang menjadi perdana menteri pada 1993, digulingkan dalam tragedi rampasan kuasa pada 1997 oleh tentera yang setia kepada Hun Sen.

Reputasi Ranariddh selepas itu terus terjejas akibat dakwaan rasuah. Duta Besar Amerika Syarikat ke Kemboja, Patrick Murphy turut mengucapkan takziah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini