Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kembali memimpin Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas menyepi selama 10 tahun.

Beliau menewaskan penyandang Presiden Datuk SM Muthu dengan perbezaan empat undi pada Pemilihan bagi penggal 2022 hingga 2025 badan induk olahraga negara itu.

Datuk SM Muthu menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan menyifatkan perwakilan sudah membuat keputusan menerusi proses pemilihan yang telus. Tambahnya, beliau akan terus memberi menyumbang idea bagi kemajuan sukan olahraga tanah air.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini