Bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf, 78 tahun yang sedang dirawat di hospital kini dalam keadaan tenat. 

Musharraf dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya, yang dikenal pasti sebagai amiloidosis, kata keluarga bekas presiden itu pada Jumaat.

Dalam satu ciapan di Twitter, keluarga beliau memaklumkan keadaannya tenat kerana organ dalaman yang sudah tidak berfungsi.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan khabar angin di media sosial bahawa bekas presiden itu telah meninggal dunia.

Musharraf memperoleh kuasa politik dalam satu rampasan kuasa tentera pada 1999 dan berkhidmat sebagai presiden Pakistan dari 2001 hingga 2008. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini