Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuching, tengah malam tadi. Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 89 tahun.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai penjawat awam ketika pentadbiran British pada tahun 1954 sebelum terlibat sepenuh masa dalam politik pada tahun 1969. Beliau seterusnya memenangi kerusi DUN Saribas mewakili parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada tahun 1974.

Kemudiannya dilantik Menteri Muda di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, selain Menteri Muda Pertanian dan Pembangunan Masyarakat Sarawak.

Pada tahun 1984, Allahyarham dilantik  Ahli Dewan Negara dan dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara menggantikan Tan Sri Benedict Stephens. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, antara kenamaan yang memberi penghormatan terakhir, pagi tadi.   

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini