Pasukan pendakwaan Belanda menuntut hukuman seumur hidup tiga warga Rusia dan seorang Ukraine yang didakwa menembak jatuh penerbangan Malaysia Airlines MH17.

Semua tertuduh dikaitkan membantu membekalkan sistem peluru berpandu yang diguna pemisah pro-Rusia untuk menembak roket kapal terbang penumpang itu.

Dalam kejadian pada 2014 itu, ia mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru pesawat.

Selepas bertahun-tahun mengumpul bukti, pasukan penyiasat antarabangsa membuat kesimpulan pada Mei 2018 bahawa pelancar yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu adalah milik Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53 Rusia.

Pendakwa berkata, bukti menunjukkan kesemua suspek dikaitkan dengan pemberontak yang disokong Rusia di timur Ukraine dan memainkan peranan yang berbeza tetapi penting dalam insiden berkenaan.

Empat suspek yang sedang dibicarakan adalah warga Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov masing-masing telah menafikan penglibatan sama ada dalam mesej video atau dalam wawancara media yang ditunjukkan di mahkamah.

Hujah penutup daripada peguam Pulatov dijangka pada bulan Mac dan keputusan pada akhir tahun 2022. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini