Bazar Ramadan destinasi popular pencinta makanan setiap tahun. Terbaharu, sebuah gerai menawarkan sajian belangkas yang dibakar, rebus masak sambal, lemak cili padi dan kerabu menjadi tumpuan ramai di Bazar Ramadan Padang Wahid, Kedawang, Langkawi. Penjualnya, Zaitun Jaafar berkata, selain pelanggan yang datang sendiri ke gerainya itu, ada juga yang membuat tempahan awal melalui telefon dan WhatApp, sebelum mengambilnya di bazar tersebut. Secara purata sehari dia boleh menjual 50 ekor belangkas, dan paling mendapat sambutan ialah belangkas bakar yang dicicah air asam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini