Kerajaan akan memberi perhatian terhadap empat cadangan dikemukakan secara bertulis oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) sebelum dibentangkan dalam Belanjawan 2023, Oktober depan.

Empat cadangan itu adalah masalah capaian internet, isu keselamatan makanan, pengambilan pekerja asing dan pengawalan inflasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, komitmen dan penyertaan pihak swasta dan dewan perniagaan dialu-alukan dalam mencari penyelesaian terbaik cabaran yang dihadapi kearah pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19.

Kerajaan juga sentiasa memandang serius mengenai peningkatan kos untuk menjalankan perniagaan akibat karenah birokrasi dan kesan kekurangan pekerja asing yang sering dibangkitkan pihak industri.

Beliau menyatakan demikian selepas melancarkan Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Hadir sama, Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.