Belanjawan Johor 2022 turut memberi tumpuan kepada kebajikan lebih seribu anak-anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat covid-19.
 
Sebanyak RM3 juta dibelanjakan bagi program anak-anak angkat Makmur Johor yang diterajui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, menerusi inisiatif itu, kerajaan negeri memberi bantuan RM2,500 sehingga RM5,000 sekali bayar sebagai simpanan menerusi  Skim Simpanan Pendidikan Nasional, SSPN.

Program kaunseling juga diberikan bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini