Kerajaan Belgium mengenakan semula beberapa sekatan berkuatkuasa Jumaat ini berikutan peningkatan jangkitan dan kemasukan ke hospital akibat COVID-19.

Serentak itu, Perdana Menteri, Alexander De Croo memaklumkan penggunaan pelitup separuh muka di beberapa tempat seperti bar, restoran dan kelab kecergasan diwajibkan.

Beliau menjelaskan memandangkan 8.5 juta rakyat negara itu sudah lengkap vaksinasi, justeru langkah-langkah pencegahan tidak perlu terlalu drastik seperti dilaksana sebelumnya.

Berdasarkan data mingguan, kadar jangkitan di Belgium meningkat sehingga 75 peratus sehingga mencecah 5,299 kes setiap hari.

Jumlah kemasukan ke hospital juga melonjak 69 peratus kepada 102 kes sehari.

Bilangan kematian berkaitan COVID-19 juga naik sedikit dan mencapai purata 13 kematian setiap hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini