Kerajaan yakin dan percaya, golongan belia yang diberi hak mengundi seawal umur 18 tahun mampu mengimbangi keperluan menuntut ilmu dan kemahiran dengan kesedaran politik serta tanggungjawab mencorakkan masa hadapan negara yang lebih cerah.Menurut Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019, ia sekali gus mampu melahirkan warga lebih bertanggungjawab.Jelas beliau, kesedaran politik dalam kalangan belia telah meningkat manakala pemikiran serta kematangan mereka juga terlihat lebih ke hadapan, selaras kemajuan dinikmati negara.Pindaan RUU itu juga membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik, menjadikan semua warganegara apabila berumur 18 tahun, layak mengundi dan tidak perlu mendaftar sebagai pemilih seperti dicadangkan pihak pembangkang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini