Golongan belia di Perlis digesa menceburkan diri dalam industri penternakan lembu hibrid kerana nilai komersialnya yang tinggi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, ia sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi nilai potensi industri penternakan ruminan berskala kecil dan sederhana secara komersial di negeri itu.

Berdasarkan statistik, terdapat 759 penternak lembu hibrid  di Perlis pada tahun 2020,  dimana 204 darinya adalah penternak muda berumur 18 hingga 40 tahun. Lembu hibrid mempunyai saiz yang lebih besar berbanding lembu biasa.

Harganya berupaya mencecah antara RM5,000 ke RM10,000 bagi yang berumur enam bulan ke atas, berbanding lembu biasa yang berharga RM3,000 hingga RM5,000. Datuk Seri Azlan ditemui selepas selepas melawat tiga pusat ternakan lembu hibrid di Kangar dan Padang Besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini