Selebriti dan juga isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah menyifatkan kemelut rumah tangga mereka memberi kesan mendalam kepada fizikal dan mentalnya, membuatkan dia bersedia untuk teruskan hidup sendiri. Menerusi laman Instagramnya, dia berharap semua pihak menghormati dan memberinya ruang melalui situasi mencabar itu. Bagaimanapun, kata Bella, dia sudah membuat keputusan untuk teruskan hidup tanpa Aliff. Semalam kecoh di laman sosial, apabila tular foto pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini