Seramai enam individu termasuk remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi proses pengecaman. 

Mereka lain yang hadir adalah lima remaja dan kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17tahun. 

Tiga saksi yang turut hadir untuk sesi pengecaman tersebut adalah Suhana Zam, Zurianty Sudin dan Yasmin Nahar Mahmood. 

Perbicaraan hari ini bersambung dengan pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan terhadap saksi kelapan.

Sebelum ini, Bella yang kini menetap di pusat perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat dilaporkan, dua kali tidak dapat hadir ke Mahkamah kerana kesihatannya yang tidak sihat.

Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Jika sabit salah, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Perbicaraan berlangsung dihadapan Hakim Izralizam Sanusi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini