Tiada kematian dilaporkan berpunca daripada varian Omicron yang sudah menular di 38 negara setakat ini.

Namun menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan di seluruh dunia giat mengambil langkah berjaga-jaga bagi menyekat penularannya yang dijangka mampu mengganggu proses pemulihan ekonomi.

Semalam WHO memaklumkan, tiada kematian membabitkan Omicron namun amaran dikeluarkan menyatakan jangkitan COVID-19 di Eropah meningkat kepada hampir separuh kes pada bulan hadapan.

Kajian awal saintis di Afrika Selatan mendapati, varian itu pertama kali dilaporkan 24 November dan dianggarkan tiga kali lebih mudah berjangkit, berbanding strain Delta atau Beta.

Malah Ketua Palang Merah, Francesca Rocca memberitahu, kemunculan Omicron bukti muktamad kadar pelalian global tidak berjalan sama rata.

Di Amerika, dua kes membabitkan penduduk yang tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa, menunjukkan Omicron sudah berlegar dalam negara itu.

WHO menjangkakan sekurang-kurangnya tiga minggu diperlukan untuk mengesan kaedah jangkitan varian tersebut.

Ini termasuk sama ada ia boleh mengakibatkan jangkitan serius dan cara rawatan yang sesuai selain vaksin untung menangani jangkitan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini