Belum masanya untuk Parlimen dibubarkan ketika ini bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu diberi masa dan terus mendapat sokongan parti sebagai Perdana Menteri untuk membantunya fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat.

Beliau berkata, walaupun kes COVID-19 semakin menurun berbanding di awal pelantikannya sebagai perdana menteri dan ekonomi negara juga dilihat semakin pulih, tugas itu masih belum berjaya dilunaskan dengan sepenuhnya.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan wanita, pemuda dan puteri UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera, sokongan parti penting bagi beliau meneruskan perjuangan tersebut.

Dalam ucapan sama, Datuk Seri Ismail yang juga Naib Presiden Umno menyeru ahli parti kembali kepada matlamat asal perjuangan dan mengelak sengketa sesama sendiri.
 
Katanya, kejayaan UMNO dan BN dalam Pilihan Raya DUN Melaka bulan lalu, bukanlah ukuran penerimaan rakyat kepada parti itu.
 
Sebaliknya, UMNO dan BN sekadar meraih peningkatan undi popular kurang satu peratus, selain peratusan keluar mengundi yang rendah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini