Pemilik bengkel yang membenarkan anak perempuannya berusia 10 tahun menunggang motosikal yang aksinya tular di media sosial, disaman polis.

Tiga saman dikeluarkan bagi kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen, tidak memakai topi keledar dan tiada cermin sisi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, kejadian berlaku pada tahun 2018 ketika pemilik motosikal menghantar motosikalnya ke sebuah bengkel di Sijangkang, Banting, Selangor.

Si bapa memberitahu tujuan dia membuat rakaman itu adalah sekadar untuk simpanannya dan pelanggan.

Dia tidak mengetahui bagaimana video terbabit boleh tersebar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini