200,000 orang rakyat Australia diarah berpindah dari kediaman mereka dalam bencana banjir di pantai timur Australia yang setakat ini telah mengobankan 13 orang dalam seminggu.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang untuk kawasan pantai sepanjang 400 kilometer, termasuk di pinggir bandar sekitar Sydney.

Walaubagaimanapun bandar Sydney, bandar terbesar Australia yang dihuni 5 juta orang, terselamat daripada banjir paling teruk itu.

Sementara itu ribut dilapor mula bergerak ke arah selatan di sepanjang pantai timur dari Queensland ke New South Wales.

Sekaligus mengakibatkan kerosakan besar apabila sungai dan takungan memecah tebingnya dengan air yang membanjiri rumah hingga ke bumbung.

Empangan Warragamba di barat daya Sydney, yang membekalkan 80 peratus air di bandar itu, telah melimpah sejak awal pagi semalam.

Jabatan Metereologi pula meramalkan ribut akan lemah menjelang esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini