Kertas cadangan hasil perbincangan bersama tujuh ahli akademik universiti tempatan mengenai maklum balas banjir dan penambahbaikan pengurusan bencana akan dibentangkan pada mesyuarat pertama Kabinet 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata perbincangan yang diadakan secara maya itu, melibatkan pensyarah pakar dalam bidang pengurusan risiko serta bahaya baharu.

Antara pensyarah itu adalah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini