Polis menafikan Jalur Gemilang dinaikkan secara terbalik di IPD Seremban, Negeri Sembilan hari ini.Ketua Polis Daerah, ACP Mohd. Said Ibrahim berkata, sebaliknya gambar yang ditularkan dalam media sosial itu adalah gambar lama.Kejadian berkenaan katanya berlaku disebabkan kesilapan dan telah diperbetulkan segera ketika itu.Namun, gambar tersebut telah ditularkan semula hari ini oleh pihak tidak bertanggungjawab.Polis sedang mengesan pihak yang menularkan semula gambar berkenaan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini