Balai Seni Negara dengan kerjasama, Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menganjurkan bengkel membuat patung wayang kulit ke patung wayang plastik 2021 di Kubang kerian.

Ia sekaligus sesuai dengan aspirasi baharu yang disarankan dalam dasar kebudayaan negara 2021.

Menurut Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin, idea menghasilkan patung wayang kulit daripada bahan terbuang seperti plastik, kotak dilihat sebagai idea baharu dan segar dalam mengkomersialkan bahan seni budaya.
 
Jelasnya, jika dibuat dengan sempurna ia mampu menjadi bahan cenderamata selain sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.
 
Menerusi bengkel berkenaan, beliau melihat golongan muda begitu berminat dalam menghasilkan patung wayang kulit menggunakan bahan kitar semula.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini