Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob melancarkan benih padi IS21, dibangun atas inisiatif Nuklear Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI.

Jelas beliau, ia dijana melalui teknologi nuklear dengan kaedah mutasi aruhan sinaran gama bagi meningkatkan tahap sara diri padi negara.

Tambah beliau, IS21, telah diiktiraf International Atomic Energy Agency dan Food and Agriculture Organisation September lalu.

Ia juga bukti kejayaan MOSTI dan Agensi Nuklear Malaysia mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan pelancarannya di Sekinchan, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini