Benih Padi Sah, BPS dijamin mencukupi untuk semua petani khususnya di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, MADA.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, isu kelewatan benih padi sah untuk tanaman bagi musim 2/2021, disebabkan beberapa faktor.

Benih BPS kini dalam proses penghantaran dan mengambil masa sebelum disalur kepada kumpulan petani. Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Program Bisnes Menjadi 2.0 di MADA Ampang Jajar, Alor Setar.
 
Terdahulu, Datuk Seri Ahmad menyampaikan bantuan kepada peserta Projek Rezeki Tani, Program Tanaman Kontan B40 dan Program Pemerkasaan Ekonomi Golongan B40.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini