Tiga resolusi disyorkan Kuala Lumpur sebagai usaha membentuk kembali ekosistem ekonomi digital ASEAN.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pertumbuhan serantau yang inklusif, mampan dan berdaya tahan dapat dicapai menerusi resolusi itu.

Perdana Menteri turut menyarankan kempen celik digital yang inklusif dipergiat.

Ini termasuk memperkasa program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), komersial dan inovasi.

Selain itu, beliau mahu usaha pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dipertingkat.

Perdana Menteri berucap pada Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN yang diadakan secara maya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini