Janji legenda Brazil, Ronaldo untuk berbasikal sejauh 500 kilometer kini perlu ditunaikan. Ia susulan kejayaan Real Valladolid layak ke saingan divisyen utama, La Liga.

Ronaldo yang juga pemegang saham terbesar kelab itu sejak 2018 sebelum ini berjanji untuk berbasikal dari Valladolid ke Santiago de Compostela, puncak tertinggi Camino de Santiago andai Valladolid layak ke saingan liga domestik utama.

Valladolid mengesahkan tempat ke saingan La Liga pada minggu lalu selepas menamatkan aksi La Liga Two di kedudukan kedua keseluruhan pada musim ini.

Media tempatan Sepanyol melaporkan Ronaldo akan menunaikan janjinya itu dengan berbasikal selama empat hari bersama isterinya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini